Salammm semua, ada kah ini N3 terakhir mat gebu?...Hmm, tak boleh nak kata, sebabnya, hari ni Khamis masa yang begitu ketat teramat sangat...Mudah2an dipermudahkan segala urusan, kalau ada kelapangan nanti mat share pic orang2 yang datang beraya ke pondok mat gebu, tapi mat gebu...hehehe tak boleh leer interprem, bahaya, nanti i kena culik's u, dah tak de N3 baru., tapi tu mat tak janji yeaa, insya allahh yea.Resipi ulang tayang ini ditaja oleh dapur mat gebu dan suku sakatnyaa....Selamat Hari Raya semuaaa!!!....Budak besi dah bertolak balik ke Kelantan agaknya sekarang nih...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur
2 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
4 biji cili merah*
6 biji cili padi*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur
2 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
4 biji cili merah*
6 biji cili padi*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Siput sedut dicuci bersih, kerat hujungnya sedikit anggarn 3 senggan, cuci kembali, gunakan air yang banyak. Toskan. Batang keladi tadi dubuang kulit luarnya, kerat dan cuci, celur dalam air panas sekejap dan toskan, jangan lupa letak asam 1 keping. Toskan.
- Dalam periuk lain, satukan siput sedut, serai dan bahan kisar halus, gaul rata dan didihkan. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Biar masak sekejap, masukkan batang keladi tadi dan pati santan.
- Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan sambal belacan...