KEK OREN LEMBAP

Tags

Kek Oren Lembap
Assalammualaikumm..wahh, ni hari mat gebu geramm, panass,,marahhh...nak mengamuk. hahaha, caya kee..alah releks lah, tu cuma pagi tadi, biasalah masalah dalaman...Haipp!! molooot , dalaman tu jangan ingat hal2 "kejantanan" pulakk..nak kena cili!!...haha, ni pasal kesilapan sendiri sehingga kena power ranger's pagi tadi kooo....aduh berdesing telinga, berasap idung, hangus semua bulu2 idung. Ok ni hari nak share satu resipi senangggggg sangattt, panjang kan mainn intro, pitam ke. Sebenarnyakan oren ni mat dapat masa raya tu hari, pakcik2 cina ku angkut datang banyakk, manis2. Jadi ada lagi kan mat buat lah kek, alah kek cikai2 jeee, buat untuk minum2 petang.....

Kek Oren Lembap
Kek ni lembap dan lembut, rasa pun tak manis sangat. Masa bakar tu kan, bau oren dia..kus semangatt harum semerbak satu rumah. Hidang pulak dengan teh panas, boh hirisan lemon dan madu..ehem ehem, menjeling akak tu sebut "madu"...releks kak, madu tu bess lahh, baik untuk kesihatan suami!..hahaha. Apa lagi yea nak tulis, dah tak de kot..mari lah kita lihat resipi mudah ni, cuma 5 jenis je bahan2 diaa...kalau kata susah juga..mat tak tau nak kata apa lahh.. Sebelum tu..nak ucap terima kasih pada Sue Joshua...

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bunt-pan dengan mentega, atau guna acuan silicone. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
  4. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.
  5. Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya..