Salam Isnin, nampak lauk asam pedas ikan parang tu, dan celah2 kacang bendi, nampak tak telur ikan parang (sebelah kiri sekali dalam pinggan), sebenarnya kan mat malas nak masukkan N3 kalau lauk asam pedas, bukan apa, dah berpuluh kali agaknya resipi asam pedas dalam blog tiffinbiru ni. Tapi tu lah, bila kita slow je nanti orang tanya..cik mat, apa menu ni hari?..Jadi dari memberi jawapan yang tak pasti, baik mat letak juga lah walaupun menu ulangan...Alaa, adat lah, takkan koo nak menghadap makanan sedap2..canggih2 setiap hari, asam pedas ikan parang ni pun atas permintaan abah mat. Ini ikan baru naik dari laut, semalam depa pi beli kat satu pangkalan di Batu Pahat...hmm malas nak ambik tau, sebab kalau terlebih sangat orang kata mat gebu "penyibuk", jadi mat gebu tanpa banyak bicara ikut jee lah apa yang mereka hajati.....hari ni kan mat rasa "berbuku" di dalam hati..keras, rasa nak marah jee...Hot lahh!!!....sebab?...Hahaha, kenapa manusia kalau apa2 kes semua nak tau sebab, ucap terima kasih pun nak tau sebab....Jawab "sama-sama" jee tak boleh kee?...
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan parang segar
Telur ikan parang, jika ada dan jika suka (tak paksa)
10 batang bendi muda
1/3 cawan jus asam jawa
1 atau 3/4 cawan cili kisar
2 keping nipis hirisan lengkuas
1 keping nipis hirisan halia
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
20 biji lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan parang segar
Telur ikan parang, jika ada dan jika suka (tak paksa)
10 batang bendi muda
1/3 cawan jus asam jawa
1 atau 3/4 cawan cili kisar
2 keping nipis hirisan lengkuas
1 keping nipis hirisan halia
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
20 biji lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan parang dibersihkan, buang kotoran dibahagian perutnya, kalau ikan tu besar dan tebal, belah dua. Ketepikan. Bendi dicuci dan toskan tak payah kerat.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, lengkuas serta halia dan terus menumis hingga cili garing. Tuang air secukupnya.
- Bila mendidih, masukkan bendi dan jus asam jawa. Masak sekejap dan masukkan kepingan ikan parang tadi. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api perlahan hingga ikan masak.
- Cedok keluar kuah secukupnya dan isi dalam periuk kecil, didihkan perlahan dan masukkan telur ikan tadi. Kalau perlu tuang sedikit air. Masak dengan api kecil sehingga telur ikan mengeras (dalam 20+ minit macam tu). Boleh cedok telur ikan tadi dan letak dalam bekas bersama2 dengan asam pedas...Selamat mencuba..