Jom kita makam "Custard Fruit Bun"....kira sekarang ni musim roti sedunia. Nak menghabiskan stok2 dalam simpanan ni bukan senang, kena pandai leerrr.....
Oleh yang demikan jom lah cuba buat......Resipi mat tak sertakan kerana menggabungkan beberapa resipi lepas....harap maklum.
Bahan-Bahannya :-)
1 bahagian doh roti, boleh rujuk disini...
1 bahagian pastry cream, boleh rujuk disini....
1/2 cawan susu segar
Sedikit mentega
Buah peach, dihiris
Sedikit strawberry pie filling
Cara membuatnya :-)
- Bagi doh kepada beberapa bahagian (berat satu bahagian = 50 g), bulat2 kan dan rehatkan 10 minit. Kemudian leperkan setiap satu sebesar tapak tangan, alih ke dalam layang yang telah di sapu sedikit mentega dan biar hingga kembang (lebih kurang 45 minit). Kemudian tekan2 dengan hujung jari dibahagian tengah doh yang tembam tadi, buat ruang untuk diisi dengan custard.
- Custard tadi, dibancuh dengan 1/2 cawan susu segar, kacau hingga rata hingga custard sedikit cair. Sudukan 1 camca besar ke dalam doh tadi, ratakan.
- Susun buah peach dan sudukan sedikit mentega. Buat hingga siap. (mat buat 6 biji bun yang ada buah peach).
- Dan sudukan 1 camca teh strawberry pie filling dan corakkan menggunakan chopstcik (mat buat 6 ketul juga). Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 15 -20 minit, atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan sebelum dihidang.