SAMBAL TUMIS IKAN TONGKOL

rsz_dsc_3111
Sambal tumis, satu masakan tradisi orang2 Malaysia..yelah baik mat letak Malaysia, kalau sebut melayu sahaja, ada pulak yang mula nak try test kutuk2 guaa...Hari ni nak share resipi sambal tumis ikan tongkol. Ini resipi mudah, ikan tongkol goreng dulu, tapi jangan garing sangat, biar embal2..buat sambal dan masukkan ikan. Kalau anda nak mudah lagi kan..kan..kan..buat sambal awal2, buat banyakkkkkkkkkk..........banyakkkkkkkkkkkk....lepas tu sejukkan, simpan dalam botol, bila nak makan sambal ikan, panaskan sambal tu, cempak ikan, nak sambal ayam, cempak pulak ayam, tapi itu ayam kasi goreng dulu lah. Kalau nak rasa seksi, titikkan serai sebatang dia, yang ni kalau sambal ayam memang sesuai, kalau nak ala2 rasa nyonya, tambah hirisan bunga kantan..memang penggsan waa cakap sama luu... Sesuai juga untuk mak2 yang bekerja. Cuma mat sarankan tumis tu guna minyak lebih sikit. Kalau nak lagi sehat walafiat, guna minyak jagung, tak pun canola oil..nak lagi sehat, guna minyak zaitun tapi beli yang untuk buat goreng2 punya lah..Ok..jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tongkol saiz sederhana
3/4 cawan jus asam jawa
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 biji bawang besar belah 6 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus asam jawa, gula secukup rasa dan sedikit garam, gaul rata dan biar mendidih. Tambah ikan tadi dan gaul rata. Kecilkan api dan masak hingga sambak pekat.
  3. Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang bersama nasi dan apa2 makanan kegemaran anda.... ^__^