CREAMY TOMATO SOUP PASTA

Creamy Tomato Soup Pasta
Salam Jumaat untuk semua, dah makan ke?...Cuaca mendung2 ni mesti makan pun berselera kan, kalau kat kampung, time2 hujan, depa makan ubi rebus cicah dengan sambal tumis atau makan dengan ikan masih dan kelapa parut. Minum pulak kopi atau teh....bessnyaa!!!...Tapi hari ni tu semua tak de, tapi ada "pasta". Ni kes malas nak masak jadi makan yang ringkas saja. Bahan2 pun ikut apa yang ada dalam simpanan. Pasal pasta tu ikut suka memasing lah yea nak guna apa pesen pasta sekali pun, mat guna pasta keriting ala2 spring lori (kat TESCO ada jual).. Lagi satu nak pesan, sup ni ada tambah whipping cream, jadi sesapa tak suka, tak payah letak dan satu lagi rasa dia masam2 sikit, jadi yang tak gemar masam tu, pandai2 lah imbangkan rasa dengan menambah gula dan garam secukupnya...Moh leer ramai2 tengok resipi mudah ini!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g pasta, ikut suka masing2 nak pasta pesen apa
2 batang sosej "AYAMS" berlada hitam, dihiris bulat2
1 camca besar cincangan daun parsli
1 tin tomato dalam tin, diramas hancur
10 kuntum cendawan butang, dihiris nipis
3 biji cili padi, dicincang
1/2 camca teh lada hitam biji, ditumbuk
1 camca besar tomato puree
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 kiub ayam "maggi"
1 camca besar mentega
3 - 4 camca besar whipping cream (optional)
Garam dan gula secukup rasa
800 ml air (atau secukupnya)
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP :- Panaskan minyak zaitun dalam periuk, masukkan mentega. Tumis bawang putih, bawang besar, cendawan dan cili padi hingga harum, masukkan tomato puree dan tumis lagi. Tambah tomato dalam tin yang telah diramas tadi, kacau rata dan tuang air. Bila mendidih masukkan sosej dan lada hitam. Kacau rata.
  2. Masukkan kiub ayam maggi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga. Biar mendidih 5 - 7 minit. Akhir sekali tambah whipping cream dan hirisan daun parsli. Kacau hingga sebati dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK PASTA :- Didihkan air secukupnya, bila menggelegak, masukkan sedikit garam dan pasta. Masak hingga pasta lembut (kalau ikut aturan kat pack tu pun boleh, tapi pasta tu ada kenyal2 sikit...tak boleh jalan leer tekak melayu nih!). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun dalam pasta tadi, gaul rata2.
  4. PENYEDIAN :- Masukkan pasta secukupnya dalam bekas sesuai, tuang sup tadi dengan isi2nya atas pasta. Hias dengan daun pudina sebelum menghidang. Kalau nak tambah udang yang besar2 tu pun ok..lagi sedap!!!...