1 HARI 1 RESIPI - CHEF HANIELIZA.


Salam Selasa semua, ok N3 selingan ni mat nak buat review sikit pasal buku kompilasi masakan dari Chef Hanieliza atau dikalangan blogger2 dikenali sebagai "Kak Liza". Pada mat lah kan buku kak liza ni kira "mesti ada" bagi suri rumah dan mereka2 yang suka memasak, yelah kita kan kadang kala keputusan idea, jadi bila ada sesuatu bahan rujukan yang boleh merangsang minda, itu sudah satu kelebihan. Berharga RM 39.90, dan amat setimpal dengan kualiti kertas, gambar, resipi dan buku itu sendiri (tebal buku nih)...Tak membazir lahh..bayangkan kalau perokok menghabis kan berapa ringgit untuk sekotak rokok?.. Lepas tu dapat apa?.. Habuk dan asap busuk kan?. Kulit buku agak menarik dan ada daya tarikan tersendiri. Gambar akak manis betudung biru tu lah kak liza pada anda yang tak pasti sapa itu "Chef Hanieliza...amacam, manis orang nya kan...ala2 sweet 17 ..hehe..
Sebagai bukti mat pun ada buku ni, tuu diaa nampak tak terselak dengan seksinya buku kak liza bersama jari2 mat gebu yang tak boleh nak disangkal lagi, kegebuannya. Oh yea nak tambah sikit, buku ni sesuai sebagai hadiah hari lahir, hari ibu dan juga pada pengantin2 baru..pstt, kena bijak masak nak tawan hati suami....serius beb!. Akhir kata, terima kasih pada kak liza yea, buku anda memang menarik dan mat gebu doakan kejayaan kak liza pada masa mendatang, insya allah. Untuk maklumat lebih lanjut boleh juga berkunjung ke blog Kak Liza sendiri di sini...