FRIED CARROT CAKE


Fried carrot cake dari "Rozzan"....berani mencuba? mat buat 1/2 adunan jee...silakan yeaa!!!

Bahan Utama :-)
5 camca besar minyak masak
1 camca besar cincangan bawang putih
200 g parutan lobak putih

Bahan Perasa (disatukan) :-)
600 ml air
1 camca besar gula
1/2 camca besar garam
1 camca besar serbuk lada sulah

BahanPemekat (dibancuh) :-)
350 g tepung beras
25 g tepung ubi
500 ml air

Bahan Sambal :-)
20 tangkai cili kering, potong kecil*
3 biji bawang besar*
2 camca besar ikan bilis*
2 camca besar udang kering*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Lain :-)
2 - 3 biji telur
1 camca besar bawang putih (mat guna 1/2)
2 camca besar chye poh, potong kecil2
Sedikit kicap manis
Sedikit sweet sauce (mat tak guna sebab tak de)
Hirisan daun bawang/daun sup/cili
Bawang goreng

Cara membuatnya :-)

  1. UNTUK CARROT CAKE :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan parutan lobak putih, masak sekejap. Tambah bahan perasa dan kacau. Masukkan bahan pemekat dan masak sambil terus mengacau hingga adunan pekat. Tuang dalam loyang ( 8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega, ratakan dan kukus 30 minit atau hingga masak. Sejukkan betul2 sebelum dipotong kecil.
  2. BAHAN SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga garing, tambah sedikit air, masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
  3. PENYEDIAAN FRIED CARROT CAKE :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis 1/2 camca besar bawang putih dan masukkan chye poo. Masukkan 200 - 300 g carrot cake yang telah didadu tadi bersama 2 - 3 camca besar sambal dan kacau rata. Kemudian pecahkan telur dalam kuali yang sama lalu digaul rata. Kemudian masukkan sweet sauce dan sedikit kicap manis, kacau lagi hingga rata. Rasa jika ok boleh diangkat. Tabur dgn hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng dan hirisan cili kalau suka...Boleh juga ditambah udang atau ayam jika suka...