Kuih Gulung @ Kuih Ketayap (sama ek?).....kuih yang biasa2 bagi rakyat Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Petang tadi mat buat kerana nak menghabiskan saki baki inti kelapa masa buat bun hari tu.....
Sedap dimakan semasa minum petang...nak beli boleh, tapi kalau buat lagi seronok dan puas....
Bahan-Bahannya :-)
300 g tepung gandum
4 camca besar tepung ubi
1 camca teh paste pandan
650 ml air
50 ml minyak masak
1/2 camca teh garam
Inti kelapa secukupnya
Cara membuatnya :-)
- Satukan tepung gandum, tepung ubi dan garam, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati, kacau dgn whisk hingga rata.
- Masukkan pandan paste dan minyak masak, kacau hingga sebati dan tapis. Biar 10 minit. Panaskan non-stick pan. Sapu sedikit minyak dan tuang 1/3 cawan adunan dan ratakan.
- Masak hingga permukaan kuih dadar berubah pucat, guna api perlahan. Alih ke dalam pinggan, sudu kan satu camca teh inti kelapa dan gulung kemas. Buat hingga siap.