SAMBAL TERUNG NYONYA

Semalam jalan2 ke blog "LemonGrass" dan ternampak dalam menu Malaysia dia ada sambal terung....Kebetulan dalam peti sejuk pun ada terung, mat pun masaklah, ala2 nyonya lagiiii...hehehe biasa lah guakan ada campur gitu..cina campur melayu.....

Bahan-Bahannya:-)
2 biji terung biru
4 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah kecil*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
1 camca teh gula
Sedikit garam
3 biji limau kasturi, perah jusnya

Cara membuatnya :-)

  1. Terung dikerat 4, kemudian belah 4, rendam dalam air dengan 1 camca besar garam selama 10 minit. Toskan, kemudian goreng terendam terung tadi semala 1 minit. Angkat dan toskan, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Susun dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak, tumis bahan2 tumbuk lumat hingga garing. Masukkan garam dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air jika perlu. Bila pekat, matikan api dan tuang jus limau kasturi. Gaul rata.
  3. Senduk sambal tadi dan letak atas terung. Hidangkan segeran bersama nasi hangat.....sedappp uuu!!!!