Dah beberapa hari nak makan dendeng, tapi daging tak de, cuma ada paru. Paru pun paru laaahhhh....janji boleh dimakan dan sedap. Jom try!!!!
Bahan-Bahannya :-)
1 kg paru lembu, dicuci bersih
3 inci halia, dititik
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 biji lemon
Garam dan gula
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai, dihiris*
1/2 inci halia*
1 /2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras*
4 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan halus*
1 camca teh jintan kasar*(*dikisar atau ditumbuk halus)
Cara membuatnya :-)
- Potong paru kepada 2 - 3 bahagian, rebus bersama halia titik hingga lembut. Angkat sejukkan dan hiris nipis. Gaul dengan 1/2 camca teh serbuk kunyit, gaul rata dan goreng garing. Angkat dan tos atas paper towel. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan garam dan gula (mesti ada rasa sedikit manis) secukup rasa. Gaul rata.
- Masukkan paru goreng, kacau hingga sebati dan akhir sekali perahkan jus lemon, gaul rata hingga sambal menyaluti paru goreng tadi. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat...