PUTERI AYU

Step By Step 1242

Hari ni kan rasa bosan teramat sangat, nak baking tapi oven mat rosakkk!!! (sedihhh nihh!!!), oleh kerana oven sakit, jadi kita buat yang kukus2 pula lahh, resipi asal dari "Rinchan", tapi mat dah kurangkan resipi dia, sebab mat rasa resipi rinchan tu akan menghasilkan kuih yang agak banyak jumlahnya.....Tapi kalau nak tengok resipi asal boleh lihat disini....

Bahan-Bahannya :-)
1 biji telur gred A
80 g gula halus
80 ml pati santan
1/2 camca teh pes pandan
90 g tepung gandum*
1/2 camca besar tepung ubi*(*disatukan dan diayak)
1/2 camca teh ovallate
1 cawan kelapa parut*
1 camca besar tepung jagung*
1/4 camca teh garam halus*(*digaul rata)

Cara membuatnya :-)
  1. Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.
  2. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes padan dan gaul rata. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati.
  3. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan....Menghasilkan kurang lebih 24 biji kuih...