Salam sejahtera untuk semua..Musiam durian sudah tiba, mana2 pergi melambak orang jual durian, tak kira lah kat kawasan kampung, pekan atau bandaraya. Selain dibuat tempoyak dan makanan manisan yang lain, durian juga sedap dibuat jem. Senang sangat membuatnya, hanya perlu 3-4 bahan je...Durian, gula, daun padan dan sedikit air....Lepas tu boleh lah memulakan operasai....
Lepas dah siap tu boleh lah simpan dalam botol dan letak dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat si jem tersebut. Rasa2nyakan kalau nak buat kuih tat, ala2 tat nenas tu pun boleh lah..sedap jugak kan..Tapi paling mudah, sapu atas roti jee lahhh, pastu panggang kasi garing....boleh leer hidang untuk sarapan pagi atau minum petang....
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g isi durian yang telah diasingkan dari bijinya
1 1/2 - 2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan air
CARA MEMBUANTA :-)
- Satukan semua bahan2 di atas dalam kuali, kacau rata dan masak hingga mendidih. Perlahankan api dan terus mengacau tanpa henti selama 20 -25 minit atau hingga jem kelihatan sedikit jernih.
- Matikan api dan sudukan sedikit jem ke dalam piring dan ratakan. Bila jem sejuk sentuh dengan jari, jika ia tidak berapa melekat pada hujung jadi, tanda jem dah ok. Boleh masukkan jem ke dalam bekas sesuai dan biarkan sejuk.
- Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat jem. Seperti biasa jem memang manis, kerana gula bertindak sebagai agen pengawet...