TOM YAM KUKUS

Tom Yam Kukus

Salam sejahtera buat semua, hari ni mat masak paling senang..paling ringkas dan sedapp!!! (pada tekak mat laaa...kang jgn ingat kita mendabik dada pulak yeaa!!!)..Mana tak nya senang, semua main lebur dan kukus..lepas 30 minit..dah masak, boleh terus santap...Kalau untuk ibu2 yang bekerja, memang sesuai lah resipi ni....tak caya?..ok jom tengok!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping dada ayam, cuci bersih dan kelar2
1 1/2 camca besar tom yam paste (mat guna jenama "life")
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
1 keping tauhu, di potong dadu besar2
1 batang serai, dihiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, diketuk
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 batang leek, hiris serong
2 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar (optional)
6 - 7 biji cili padi, dititik
2 camca besar sos ikan (nampla)
1/2 biji lemon, perah jusnya (boleh ganti dgn limau nipis atau limau kasturi)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 biji tomato, belah 4
Garam dan sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam tadi digaul bersama tom yam paste dan juga bahan tumbuk halus, perap 30 minit. Kemudian letak dalam bekas tahan panas. Isikan semua bahan2 diatas kecuali tomato dan hirisan daun bawang. Ratakan dan tabur sedikit serbuk lada hitam dan sedikit gula (garam tu kalau rasa tak perlu, tak payah letak, sebab sos ikan pun dah masin).
  2. Kukus atas air mendidih selama 30 minit. Selepas 25 minit waktu mengukus, letakkan tomato dan kukus hingga waktu yang disyorkan. Angkat dan hidangkan segera selagi hangat bersama nasi...