NASI HALIA

Tags

Nasi Halia
Nampak "kak ummi" kuantan buat nasi halia kuning ni tempoh hari....sungguh mengiurkan, oleh kerana hari ni mat masak rendang ayam, jadi apa salahnya masak juga nasi halia sebagai gandingan....Pada citarasa mat lah, nasi ni sedap, ringkas dan tidak memuakkan, disamping mempunyai unsur perubatan (kerana penggunaan halia)...ianya juga ala2 nasi ayam ada, nasi minyak pun ada....Jadi kalau nak tau lah keharuman, keenakan dan macam mana mudahnya nak memasak nasi ni, kena lah u all buat....untuk raya sesuai nasi nie...waa cakap betul ni beb!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toska
1 liter air
3 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih, cincang
1 1/2 inci halia, dihiris nipis
1 kiub ayam "Maggi"
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan beras dan goreng sekejap beras tadi bersama bahan2 tumis.
  2. Alihkan bahan no. 1 ke dalam rice cooker. Hancurkan kiub pati ayam, kacau rata dan tambah sedikit garam, kacau lagi. Masak seperti kita memasak nasi biasa.
  3. Bila dah masak, gaul dengan chop stick, cukup 3 - 4 kali saja dibalik2kan nasi tadi untuk mengelakkan beras patah2. Biar nasi tanak.
  4. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang, jika suka....