Salam sejahtera semua....Hari ni tak leh nak cerita banyak, sebab apa?..Sebab kerja banyak, kena fikir banyak....kena laksanakan tugas yang banyak dan segala2nya banyak belaka tak de
yang tak banyak!!!....waaa punya pala pun "banyak" pening woooo!!!...Apa2 pun layan jelah lauk yang mudah, senang dan sedap disantap bersama nasi hangat, kicap, sambal belacan dan ulam2man...tapi kan kalau nasi tu masak lembutt sikit, lagi syok u makan sama ini lauk...
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan kembong saiz besar (nak guna ikan cencaru pun ok)
Sedikit kunyit
Sedikit garam
1 cawan kelapa parut putih (guna kelapa untuk buat inti)
2 helai daun kunyit, hiris halus
Garam dan sedikit gula
Putih telur dari 2 biji telur
2 camca besar jus asam jawa
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1 biji cili merah*
8 biji cili padi*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan bakar*
1/2 inci kunyit, dibakar*(*ditumbuk hingga lumat)
CARA MEMBUATNYA :-)

- Ikan dibelah belakang, buang insang dan segala isi perutnya, cuci bersih dan berhati2 supaya bahagian perutnya tidah terkoyak. Satukan bahan2 tumbuk lumat bersama kelapa parut, jus asam jawa, putih telur, hirisan daun kunyit dan tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
- Ikan tadi di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Bahagi 5 bahan2 no. 1 tadi, isikan setiap bahagian ke dalam ikan yang telah dibelah belakangnya. Kemaskan dan buat hingga siap.
- Panaskan minyak dan goreng ikan tadi dengan api sederhana sehingga masak, terbalikkan ikan perlahan2 untuk mengelakkan kelapa tadi terkeluar. Tujuan menggunakan putih telur sahaja, ialah untuk mengelakkan minyak berbuih semasa proses menggoreng ikan.
- Hidangkan ikan tadi panas2 bersama nasi dan lauk2 kegemaran yang lain. Selamat mencuba...