Assalammualaikum, salam Isnin.. Dah banyak ke buat biskut raya...Mat mungkin tak lama lagi stop lah buat..dan akan memulakan projek lain pulak, tu pun kalau tak "pancit" lah. Hari ni nak share satu resipi yang mat cipta khas dan diberi nama "Benzila Love Cookies". Sabtu lepas sebenarnya mat buat dan telah dimaklumkan di FB, tapi Isnin ni baru letak kat blog. Orang ada juga tanya, cik mat kenapa nama dia "Benzila"....haha, exceli ni janji mat pada Ben Ashaari duluuuuuuu, atas jasa2 beliau membantu kami geng blogger masak2, maka mat khas kan biskut ni untuk Ben Ashaari dan Puan Azila (isteri beliau),jadi bila dijoinventure kan nama depa laki bini jadi lahh "Benzila"..sebut betul2 yeaa..bukan "Godzilla"..hehe..Moga mereka berdua berbahagia hendaknya dan diberi cahaya mata yang comel2 kelak (ingat...kembar 4, pak tua nak 1 okey!..hehhe)... Insya Allahh....Jom kita lihat resipi dia.
BAHAN-BAHANNYA :-)
140 gram mentega (mat guna jenama "Anchor")
145 gram tepung gandum*
80 gram tepung kastarad*
40 gram Horlick*
40 gram gajus, kisar halus*
30 gram cocoa crunch, kisar halus*(*A)
40 gram gula aising
1 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla
BAHAN HIASAN :-)
Coklat masakan secukupnya
1/4 camca teh lemak sayur
Coklat masakan berperisa strawberry secukupnya
Gula hiasan bentuk hati secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
140 gram mentega (mat guna jenama "Anchor")
145 gram tepung gandum*
80 gram tepung kastarad*
40 gram Horlick*
40 gram gajus, kisar halus*
30 gram cocoa crunch, kisar halus*(*A)
40 gram gula aising
1 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla
BAHAN HIASAN :-)
Coklat masakan secukupnya
1/4 camca teh lemak sayur
Coklat masakan berperisa strawberry secukupnya
Gula hiasan bentuk hati secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan esen vanilla dan juga bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh (doh memang lembut sedikit, tapi anda biarkan ianya terdedah pada udara untuk 10 - 15 minit, nanti doh jadi OK).
- Canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan bentuk hati, susun dalam loyang pembakar, jarak kan sikit, sebab biskut akan mengembang sedikit dalam proses memasak. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing.
- Bila masak, biar sekejap dalam loyang hingga suam dan baru dialihkan atas jaringan sepenuhnya. Sementara itu cairkan coklat masakan secara kaedah "double- boiler", masukkan lemak sayur. Kacau rata.
- Bila biskut sejuk, celupkan permukaan biskut tadi dalam coklat masakan, susun atas jaringan kembali. Hias dengan gula hiasan bentuk hati, atas biskut tadi. Buat hingga selesai dan biar sekejap hingga coklat mengeras.
- Cairkan pula coklat masakan berperisa strawberry tadi, gunakan kaedah double-boiler. Gunakan api paling kecil semasa proses mencairkan. Isi dalam piping beg dan drizzle kan zig-zag atas biskut tadi, biar coklat mengeras baru simpan dalam bekas kedap udara...