Salam petang Isnin...waaaaaaaaaa...ishh..sejuknyaa..nyamannyaaa...segarnyaaa...macam terasa-rasa dah kat tekak...sabar jee lahkan. Bukan nak goda cuma nak bagi idea, tu diaa sikit punya baik cover line. Ben, koo tak kecur kee....Mat gebu letak gambar pun, ada sikit2 kecur leer. Sirap bandung cincau ni tak payah leer bagi resipi, semua orang tau. Ni kira biasa2 saja. Tapi kan cincau dia mat parut guna pemarut yang lubang dia besar2 tu, bukan pemarut kelapa yeaa...Jadi lawa koo, ala2 cendol gitu. Sirap pulak mat masak dengan gula dan daun pandan hingga sedikit pekat, tapis dan sejukkan. Susu, mat guna susu sejat IDEAL... Boleh lah buat untuk berbuka nanti....Salam sayang dari mat gebu...hehehe...
BAHAN-BAHANNYA :-)
Sirap rose (mat guna jenama "double lion")*
Gula pasir secukupnya*
2 helai daun pandan*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)
Cincau secukupnya
Susu sejat IDEAL secukupnya
Air masak@mineral secukupnya
Ais kiub
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
Sirap rose (mat guna jenama "double lion")*
Gula pasir secukupnya*
2 helai daun pandan*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)
Cincau secukupnya
Susu sejat IDEAL secukupnya
Air masak@mineral secukupnya
Ais kiub
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tuang sirap rose bergula tadi dalam air masak (agak2 yea), kemudian tuang susu sejat (pun agak2..kalau nak lemak, curah banyak sikit). Kacau dan rasa tahap kemanisannya.
- Masukkan ais kiub dan juga cincau, kacau rata dan hidangkan segera...Nyamann bahh....