Salam sahur..Dah sahur...Terlepas sahur..Haa tak bangun langsung..kalau nak Mat kejutkan sila tinggalkan no telefon anda di YM yeaa...hahaha, erkk..memain jee lahh, mat pun nyaris2 ter ter ter sahur tadi..alah letih koo, asyik batuk2 je, malam tak bley tidur, macam mana lah nak melapis kek lapis nihhh..takut tertiarap jee muka dalam tin kek tu, sebab ngantuks..hehe. Tengok tu lauk sotong..kejam kan, dengan rasminya mat tak dapat makan, malas lahh, kang gatal, nak makan ubat masa tak sehat ni takut kang alergi lain pula timbul...ada kang muka jadi ala2 ultraman, bertanduk segala. Susah betul mat gebu tahun ni, dugaaaann, sabar...sabar...
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong, bersihkan*
1/2 camca besar rempah kari*
1/3 camca teh serbuk kunyit*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 20 minit)
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 biji cili hijau, hiris serong
2 tangkai daun kari
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong, bersihkan*
1/2 camca besar rempah kari*
1/3 camca teh serbuk kunyit*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 20 minit)
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 biji cili hijau, hiris serong
2 tangkai daun kari
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan daun kari hingga harum dan bawang layu. Masukkan sos tiram dan masak sekejap. Masukkan sotong, gaul rata dan tambah sedikit air.
- Bila kuah pekat sedikit, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Biar kuah pekat, tambah jus limau kasturi, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...