Salam semua..buat apa tu, dah nak masuk tidur ke, mustahil lah, baru jam 10 malam. Malam ni sebelum mat gebu dibuai mimpi (tu pun kalau tidur nyenyak), mat nak share satu resipi dari alam orang2 Portugis atau Eurasian. Tau tak mereka ni siapa?..Mereka ialah orang2 Portugis yang berasal-usul dari zaman penjajahan mereka di Melaka dulu, bila dan bercampur dengan orang2 tempatan, maka gaya kehidupan mereka pun telah banyak berubah dan menyerap budaya2 orang melayu, china dan india. Tapi mereka masih mengekalkan ugama asal mereka, iaitu "Kristian", walaupun ada juga segelintir yang telah memeluk Islam. Masakan ni kalau kita perhatikan ada sedkit persamaan dengan "kacang phool" orang arab, mungkin ada pengaruh arab juga. Sedap dimakan bersama roti perancis, atau capati dan mengikut citarasa anda masing2..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kidney beans, ditoskan
1/2 cawan sos tomato
250 gram daging cincang
1 biji tomato merah, dadu kecil
2 biji bawang besar, dadu kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1 camca besar hirisan daun ketumbar
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*tumbuk halus)
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun ketumbar untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kidney beans, ditoskan
1/2 cawan sos tomato
250 gram daging cincang
1 biji tomato merah, dadu kecil
2 biji bawang besar, dadu kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1 camca besar hirisan daun ketumbar
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*tumbuk halus)
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun ketumbar untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, masukkan rempah kari, bawang besar dan daging cincang dan kacau rata. Tambah tomato cincang, tomato sos dan juga air, kacau rata. Biar mendidih.
- Tambah kidney beans, kacau dan masukkan lada hitam, masak hingga pekat dan hampir kering, gunakan api kecil. Masukkan hirisan daun ketumbar, kacau rata.
Perasakan dengan garam secukupnya dan juga gula. - Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar untuk hiasan sebelum dihidangkan bersama roti perancis.....hmmm...