BISKUT GERMAN @ DEUTSCHE KEKSE.

Tags

P1250382
Selamat hari raya, maaf zahir batin yeaa...hahaha, silap makan ubat, macam ni lah jadinya!!.. Tak de lah, saja je, korang takkan tatau mat gebu ni siapa, manusia yang berselindung di balik tiffinbiru, penuh rahsia dan teka-teki..tapi aku ni tak de lah pulak buruk perangai, setakat ni blogger yang datang semua kata aku ni ok-ok jee, yang penting apa2 kita buat kena ikhlas,..Laaa tak caya ke, koo pi YM Ben Ashaari tanya dia, kalau aku cakap bohong..atau ramai lagi...malas lah kan nak sebut, kang kata berlagak tak hengat pulak.

P1250383
Biskut German @ German Cookies @ Deutshe Kekse ini resipi dia mat ambik dari dapur Rima Of Singapore di sini ...tu diaa ala2, bangsawan Singapura kooo...Tapi Rima ni memang mat salute lahh, perfectionist dalam hal2 rumahtangga, kalau tengok hasil kek lapis dia, masya allahh, kagum sehhh...kata orang melayu, kerja dia berhalus, dia ni kalau nyonya peranakan lah katakan, sah anak2 tauke yang pinang, sebab handal di dapur dan berhalus dalam kerja...Bibik Neo suka anak dara macam tu tau!!...Ok lepas aku merepek segala macam, jom kita lihat resipi pulak..terima kasih mat pada Rima...

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Golden Churn juga)
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....