CHOCOLATE HAZELNUT MUFFIN.

Tags

P1250991
Salam pagi Isnin, selamat menjalankan tugas buat semua...Hmmm dunia blogger makin mencabar, kita sering diperhatikan..silap langkah kita jadi 'bahan' dalam salah satu N3 mereka. Tapi apa nak buat kan, kita rasa kita betul, tapi mereka rasa kita macam tak sesuai, atau syok sendiri. Dalam dunia ni kita berhak buat apa saja selagi tidak melanggar perintah tuhan dan adap susila sebagai seorang manusia bertamadun. Apa2 pun berlaku, kita tawakal saja lah, kita berdiam tak bermakna kita kalah kann, ajal dan maut ni akan datang bila2 masa, tika dan masa itu pasti kekesalan akan berlaku bila mana tulisan2 buruk kita akan menjadi salah satu penyalur ke dukaan dan kepedihan di alam sana...nauzubillah.. Mat pun nak minta ampon dan maaf jika terkasar bahasa dalam setiap n3 di DTS ini...Ok jom semak resipi mudah ni yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti tinggi
65 gram gula halus
1 biji telur gred A
150 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour)*
30 gram serbuk koko*(*disatukan dan diayak)
100 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
60 gram kacang hazelnut, dipanggang dan cincang kasar
100 gram coklat susu, di dadu kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, sediakan muffin cup secukupnya atau alas muffin pan dengan paper cup. Ketepikan.
  2. Krimkan mentega bersama gula hingga putih, tambah telur dan putar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis, putar rata.
  3. Tambah esen vanilla, 2/3 bahagian kacang hazelnut dan coklat susu, gaul rata, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, tabur dengan baki kacang hazel. Bakar 25 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..