Selamat malam semua, buat apa tu...apa gosip artis!!..ambooihh, tak sudah2..hmm artis mana tu?..Hmm, tiba2 plak mat gebu tanya...Panas koo badan aku ni hari, jangan demam sudah lahh, adoi macam baby pulak, sikit2 demam..tapi mat kalau demam pun setakat ni alhamdulillah, steady lagi walaupun rupa tak yah kata lahh, seropa kueh seri muka tak jadi...erkk, Petang tadi saja2 lah buat sesuatu, selain untuk minum petang, mat nak bagi kat anak buah aku yang anak yatim tu, kesian pulak tengok depa. Sebenarnya kan idea curry puff ala karipap ni mat dapat dari dapur kak ummi kuantan, di sini..
Tapi aku macam biasa lah, sah2 derhaka punya, dah nama mat gebu kan, kalau tak derhaka resipi mana bolehh, tapi bukan lah jadi kan resipi tu tak senonoh, cuma ikut gaya dan style mat gebu sendiri. Anda yang nak cuba pun mat galak kan guna daya imaginasi dan kreativiti sendiri jika boleh. Bukan apa, dengan cara itu kita akan menghasilkan satu yang baru, tapi ada juga syaratnya, sekurang2nya tulis lah sumber dari mana anda dapat, mat pun kalau buat guna resipi orang, akan mat buat back link, dengan cara itu kita lebih dihormati walau pun menderhaka tapi dari segi kesedaran diri masih terpelihara...macam tak caya guaa tulis nih, rasa macam tak normal jee...haha..Ok lah jom skodeng resipi senang sangat ni, tapi anda mesti pandai kelim karipap eks kalau nak buat....
BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana
1 keping daging burger Ayam jenama "Ramly" (atau daging kisar)
1 biji saiz sederhana bawang holland, didadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia muda, cincang halus
1/2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar rempah kari daging (mat guna babas)
1 tangkai daun kari
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN LAIN :-)
1 paket puff pastry jenama KAWAN (1 paket ada 10 keping saiz 4 inci x 4 inci)
1 biji telur, dikacau sedikit, untuk disapu
Serbuk lada hitam secukupnya
Bijan secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)

- UNTUK INTI :- Kentang dikupas, cuci dan dadu kecil, rebus hingga empuk, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah rempah kari, kacau dan tuang air, masukkan daging burger ayam (hancurkan terlebih dahulu), kacau rata dan masukkan kentang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Angkat dan sejukkan
- UNTUK CURRY PUFF ala KARIPAP :- Ambil sekeping puff pastry, biar puff pastry tu sejuk sedikit, jangan biar lama sangat kat luar nanti susah nak membentuk. Kemudian tabur sedikit tepung dan canai sedikit biar nipis. Buat kan bentuk 3 segi seperti dalam gambar. Letakkan 1 camca besar penuh inti dan letak tengah2nya. Cantumkan dan cantum kan.
- Kemudian anda kelim seperti membuat karipap biasa, hingga siap. Buat kaedah yang sama untuk baki pastry. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur, tabur sedikit serbuk lada hitam dan bijan.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Kalau oven anda memiliki "hot fan" boleh on kan. Bila masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...