Salam Jumaat semua, hmm terlewat masuk N3 sarapan, orang dah masak tengah hari, mat baru nak masukkan N3. Mat kan macam lemau jee ni hari, tatau pesal lah agaknya...hmmm, pagi tadi mat tengok dalam peti sejuk ada lebihan kelapa buat apam tu hari, sebab mat parut 1 biji. Kalau buat lempeng kelapa sedap gak kan, waa bess juga, jadi ON lah projek. Mat buat dalam non-stick pan comey tu..dapat dalam 7 keping macam tu. Pada mat lempeng kelapa kena garing2 sikit baru sedapp..
Lagi satu, lempeng kelapa ni kalau nak sedap, wajib ada sambal tumis, jadi sebab mat gebu tak berapa rajin nak masak sambal, aku beli je kat warung depan ni, nama je beli tapi hakikatnya dapat pereee...hehe terima kasih pada Makcik Wati Warung, sedap sambal tumis peree ni makan dengan lempeng kelapa. Ok N3 kali ni tak bebel banyak sebab no idea lahh, resipi mudah ni mat letak lah juga sebagai rujukan pada mereka2 yang kurang pasti...Ok ni dia...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan air (kurang lebih)
Secubit gula halus (optional)
Garam secukup rasa
Sambal tumis, sebagai pencicah
CARA MEMBUATNYA :-)

- Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap..
- Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
- Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda...