Beratnyaa hati nak bukak blog hari ni, tak rajin sungguh, ishh kenapa lahh agaknya kann. Pagi tadi mat terima kunjungan sepupu mat, mereka datang menjemput ke majlis perkahwinan anak mereka. Menjadi adat orang2 kita, jika sedara mara terdekat, ada kala mereka tidak rasa selesa menjemput dengan hanya ber "sms" atau panggilan telefon. Itu cara menghormati sedara yang lebih tua. Jadi bila mat tau mereka nak datang, maka bergegas lah kami (mat dan bonda) memasak, tapi menu biasa saja, lauk2 kampung. Menu nasi goreng kunyit ni pun tergendala hendak dimasukkan ke blog, sepatutnya ini versi sarapan pagi dan mat plan nak masukkan jam 10 pagi tadi...huhu
Nama nasi goreng kunyit dan tentu lah guna kunyit hidup yang diparut, ada sedikit unsur2 perubatan, kerana kunyit boleh menyembuhkan luka dalaman, terutana kaum wanita, ianya juga kerap diguna dalam jamu dan perawatan tradisional orang nusantara. Mat guna nasi semalam dalam 4 cawan macam tu, dan juga ditambah sotong serta daging ayam dan lada hitam sebagai penghangat badan. Sedap dihidangkan panas2. Kalau tak de kunyit hidup, guna kunyti serbuk pun boleh....
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
2 biji telur, pukul sedikit dengan 1/2 camca teh lada hitam serbuk
1 keping dada ayam, hiris
1 ekor sotong saiz sederhana, cuci bersih dan potong
1 biji tomato, didadu
1 biji bawang holland, hiris
2 biji bawang putih, hiris halus
1 inci kunyit muda, cincang halus
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio" secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)

- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan kunyit cincang hingga harum, masukkan ayam dan sotong, kacau rata. Tolak ke tepi kuali dan masukkan telur, biar mengeras sedikit dan kacau hancur.
- Tambah serbuk lada hitam secukupnya dan juga garam secukup rasa. Masuk nasi dan gaul rata, besarkan api. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
- Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan juga sedikit serbuk lada hitam. Hidangkan segera sebagai sarapan atau minum petang..