KEJADIAN SABTU 12 MARCH 2011.....PANAS!!.

Tags

P1260223
Tuu diaa tajuk N3 lain macam jee..sebelum tu, ni letak gambar rumah bukan nak tayang apa2 cuma nak share lokasi2 bersejarah semalam yang yelah berubah kepada susun atur asal. Huhhh, lega tau mat sebenarnya, sebab ben bagi tau 2 minggu sebelum tu, dan mat pun dah buat persedian awal, tapi bukan lah satu persedian yang sempurna, cuma setakat seorang "mat gebu" yang boleh memasak saja..bukan sorang yang profesional, tapi boleh lahh...Tu lah sebab sibuk sangat kan aku tak dann nak ambik gambar makanan yang telah terhidang..alahh sedeyy kan, hmm tak pelah boleh singgah diblog rakan2 yang hadir semalam, depa mesti ada ambik gambar makanan serba sedikit (klik sini..)....Ruang tamu ni menyaksikan kurang lebih hampir 40 orang, tetamu silih berganti semalam...meriahh koo, kira ketua wanita dia Ayu Citarasa Rinduan dan ketua pemuda dia Ben Ashaari. Tapi mat berterima kasih pada Sue Joshua, banyak membantu..kann suee....ok kita beralih pada cerita mat menyiapkan menu, sebab aku buat sorang2 yeaaa....tanpa bantuan sesiapa...

P1260224
Sebab majlis hari Sabtu, hari Khamis mat dah buat persedian awal, termasuk mengeluarkan kelengkapan set pinggan mangkuk, set cutlery (sudu, senduk, sepit, garfu dan sebagainya), dan benda2 lain. Malam tu mat buat chocolate chip dulu. Ok settle satu benda. Esoknya Jumaat baru betul2 "heavy" nya tugasan...seawal pagi mat dah bangun, aku siap2 cuci ayam segala, lepas tu kemas apa yang patut. Terus siap2 masak untuk makan tengah hari, lepas Jumaat tu terus on buat trifle 2 bekas...settle satu..siap tu mat bakar kek keju 2 ketul..strawberry cheese cake dan blueberry cheese cake...selesai jam 11 malam...lepas tu bakar pulak kueh bakar pandan, satu loyang besar...makan masa dalam 1 jam lebih macam tu...Perghh selamat sudahh...syukur alhamdulillahh....semuanya menjadi dengan sempurna, dengan izin Allah swt dan juga keikhlasan hati..Oh yeaa pagi Khamis sebelum tu, mat buat puff pastry dalam 50 biji, malam sebelum tu dah siap2 buat inti segala dan simpan dalam freezer. Sementara bakar kueh bakar pandan tu, mat kemas2 ruang tamu, alih2 kerusi semua kasi lapang, nanti esok tak dann lahh nak buat..kann...tu pun terima kasih pada abang mat yang memantu serba sedikit dan juga bonda... Meja makan atas tu lah lokasi mat letak 4 biji buffet set..hehe pinjam kak sedara punya, mat ingat nak rembat juga lah nanti sebab dah mula rasa memerlukan benda2 macam tu.. Ok jomm..cerita terakhir..

P1260225
Maka tibalah Sabtu 12 hb March 2011..Pagi lagi mat dah buat persedian semua, meggoreng ayam yang telah diperap semalamnya, membakar puff pastry, membuat sambal, sediakan salad dan dalam jam 11, mat masak nasi ayam....kurang lebih jam 12.30 semua beress, cuma aku je masih belum selesai lagi, dapur kecah gilaaa...pening woooo...lepas siap semua deco kek keju dan susun di tempat2 yang sepatutnya, mat kemas2 apa yang perlu. Lepas zohor tetamu mula datang..mula sekali kumpulan 1 tube, 3 orang, kemudian sue joshua dan seterusnya...hingga lah semeriah seperiti anda2 baca diblog rakan blogger yang datang...Syukur alhamdulillah.. Lokasi dalam gambar diatas tu sungguh bermakna...huhu, ada kesah yang manis berlaku koo, ishh kena tanya ady budika dan juga sunah dan juga "tiffinbiru" mat gebu..masa tu kat sini mat letak kerusi, dan telah berlaku satu kejadian jika diizinkan allah swt, menjadi tanda ingatan mereka sampai bila2....kann Ady....kan Sunnahh...kan Mat Gebu...kan Ben Ashaari....kannn...hahaha pening kee..adehh..aku pun dah mula pitam nihh, nak tidur awal..ok semua salam sayang dari DTS-MAT GEBU....anda lah nadi DTS....assalammualaikumm...