ASAM PEDAS IKAN MAYONG...

Tags

P1290735
Salam soree..wahh, ter Indon pulak., blog DTS pun ada teman2 masak Indonesia masuk lah. Hmmm, tatau lah nak masukkan entri apa..mat masak asam pedas ikan mayong tadi. Bila tengok asam pedas tu mat teringat satu entri Ady Budika kat sini.. Ikan mayong kalau nak sedap kena beli yang segar dan kalau tak silap mat ikan ni ada 2 jenis satu hitam dan putih, yang putih tu sedap. Selain masak asam pedas, masak kari pun sedap. Mat letak terung telunjuk dan belahan tomato, kalau nak letak terung atau bendi pun sedap, nak letak sawi jeruk pun ok. Satu yang mat frust tadi, daun kesom habis pulak. Jadi kalau anda masak, sila letak daun kesom yea.. Ok kita semak resipi walau pun dah berpuluh kali letak, tapi mat nak letak jugak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kepala ikan mayong, potong saiz sederhana
2 keping isi ikan mayong
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa pekat
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
10 biji terung telunjuk
1 biji tomato
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 camca teh lada hitam biji
1/2 inci kunyti hidup
2 keping hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan mayong dicuci, kemudian perap dengan garam, sedikit tepung gandum dan jus limau nipis selama 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Terung dikerat sedikit bahagian tangkai, belah 2 tapi tak putus untuk setiap biji terung, rendam. Tomato, dibelah 6. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis cili kisar hingga masak, masukkan bahan kisar halus dan kacau, tumis hingga garing, gunakan api sederhan. Masukkan air, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan daun kesom, kacau rata. Tuang jus asam jawa. Masukkan terung telunjuk tadi (toskan) dan masak sekejap hingga terung lembut. Tambah tomato, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar tomato masak dalam wap panas. Hidangkan bersama nasi hangat...