DURIAN PANCAKE....WAAA.."8888"..SUDAH!

P1290593
Salam bertemu kembali. Hmm, sakit mulut lah, ada ulser, baru jadi malam tadi, huhu, kalau makan dia pi siaa kat situ..aduh pendih, tak pelah nanti sapu ubat. Kali ni mat nak share durian pancake. Semalam bonda bawak balik 4 biji durian pemberian sedara mat, durian kampung saja, syukur alhamdulillah, rezeki kan. Berterima kasih sebab sudi juga bebagi rezeki dengan kami. Esok mat ingat nak buat bubur kacang hijau, lama dah tak bikin...yang tu kita cerita esok yea. Pancake antara paling kerap mat buat dan mat guna kuali non-stick kecik, kalau yang besar pun boleh, tapi tidak lah berapa comel kejadiannya..

P1290602
Pancake biasa dimakan bersama madu dan mentega..ada juga makan dengan ais krim atau whipping cream, itu semua terpulang. Pada mat makan macam tu sahaja pun ok, kalau dengan madu lagi sedap..kalau makan berdua dengan "madu".....ayoooo...lalalalalaa...peengggg!!, gaduh terik2 rambut plak kang. ..takutnyaa..takmo macam tu tauu..."tannjaatt gegebu"...

Sebelum mat tulis resipi, nak ucapkan terima kasih pada "Syatoza Zai", kerana menjadi followers yang ke 8888..haiyoo manyak ong maaa. Mat skodeng2 tadi, tapi dia ni tak de blog agaknya. Apa pun terima kasih sekali lagi..Untuk anda semua pun mat ucapkan terima kasih....Ok, masa untuk resipi pulak....layannnn..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
3/4 camca teh baking powder
1 biji telur gred "A"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan
2 camca besar isi durian, dilecek hancur
1/2 cawan + 2 camca besar susu segar (mat guna susu sejat)
Secubit garam halus
Mentega dan madu untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan isi durian, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
  2. Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
  3. Panaskan non-stick frying pan bersaiz 4 inci dengan api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 1/3 cawan adunan tadi. Ratakan.
  4. Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
  5. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu...hmm sedappp u!..Nak makan dengan ais krim pun ok juga..ikut suka hati masing2 yea..