TEH MARKISA, SHORTBREAD DAN "REMY ISHAK Jr...

P1290976
Salam malam semua, sebelum masuk tidur, dan anjakan masa dan tarikh berubah, mat tulis satu entri terakhir untuk malam ini. Tu hari (atau "hari tu") mat dapat buah markisa atau passion fruit dari teman abang mat (terima kasih pada beliau), tadi mat ambik lah sebiji, belah dan letak isi dia dalam tapis, tekan2 sedikit untuk mengasingkan jus dan bijinya. Jus markisa tadi mat campurkan dalam teh panas....hmm sedap lah, dia ada rasa masam2 sikit, ala2 lemon tea sudah. Bau dia pun agak harum. Sambil2 tu menikmati shortbread..tapi bukan mat buat, mat beli...Bila makan shortbread tu rasa dia saling tak tumpah macam yang mat pernah buat dulu, nanti kang mat tulis resipi dia yea. Shortbread ni memang biskut dia jenis tebal2, dan dia tak rangup, tapi rapuh. Sesuai sangat digandingkan bersama teh markisa tu....

(Gambar dari SunahSukaSakura.com)

Tu hari (atau "hari tu")..mat masuk blog Sunah, sekali terbaca satu entri yang ini, dan pada mat amat menarik dan punya "roh"...ada semangat. Mat sendiri tatau macam mana nak cerita, tapi mungkin anda lebih bijak menilainya sendiri. Dann, dalam gambar di atas, perasan tak ada sorang anak tu wajah dia iras2 pelakon "Remy Ishak"....cari jangan tak cari....haa jumpa kan, ada iras2 kann. Bila kita cerita pasal entri satu2 blog, ia bergantung pada diri pembaca itu sendiri, samada dapat merasa dengan jiwa atau sekadar membaca, komen dan berlalu pergi. Mat pun bukan lah seorang yang "Peka" mengenai benda2 ni, tapi ada kala bila kita baca dalam keadaan tenang, releks dan fokus, kita akan dapat merasainya...pada mat bukan blogger handal saja yang boleh menulis dengan hebat, blogger biasa macam anda ni pun boleh (mat terkecuali lah, sebab blog masak2)....betul tak?...cuma perlu latihan yang jitu. Kita semak resipi shortbread pulak yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g mentega (S.C.S butter)
80 g gula aising (resipi asal guna 115 g gula halus)
150 g tepung gandum*
65 g tepung beras*
1/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Sedikit gula halus untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, lenser acuan tart berdiameter 9 inci atau tin segi empat berukuran 8 x 8 inci. Alas dasar tin dengan kertas. Jika guna acuan tart, tidak perlu dialas kerana dasarnya boleh ditanggalkan. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula aising hingga sebati dan putih. Perlahankan speed, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.Keluarkan adunan dan satukan hingga menjadi doh.
  3. Alih ke dalam acuan dan tekat hingga rata. Gunakan belakang sudu untuk melicinkan permukaan doh. Cucuk2 dengan garfu dan buat garisan pembahagi sama besar sebanyak 8 bahagian (seperti dalam gambar di bawah).
  4. Bakar 40 - 45 minit hingga kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan biarkan suam. Keluarkan dari acuan, dan potong berhati2 mengikut garisan pembahagi yang telah dibuat tadi. Asingkan bila shortbread betul2 sejuk dan tabur sedikit gula halus