BULAN PUASA PUN AKU MASAK YANG INI....

Tags

P1300361
Asam pedas lagi..haha, nak kata apa, anak2 buah mat pun suka asam pedas tapi dengan syarat jangan pedas atau dia kita sendiri makan diam2. Jadi petang tadi mat kena masak cepat, sebab terlewat. Konon2 lah lepas Jumaat tu kami pi beli barang2 baking, huihh mahal dah barang, ada tu naik sampai 2 - 3 ringgit. Tepung Hong Kong buat kek lapis pun mahal..Hmm tak pelah kan kita perlu, jadi beli lah, esok2 tak cukup ku belasah je tepung lain...Untuk berbuka ni mat masak asam pedas ikan cencaru. Anak2 buah mat suka, jadi masak lah janji mereka nak makan. Kita orang2 tua ni makan apa saja ok dah, eh walaupun macam tu ada juga benda lain mat masak atas permintaa big boss...hmmm..ok mat tulis resipi asam pedas ni yea, boleh guna apa2 ikan yang anda suka atau ganti dengan ayam...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan cencaru, siang, buang kulit kerasnya, kerat 2 setiap ekor, cuci lagi dan toskan
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca teh serbuk kunyit

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Secubit belacan
1/2 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan serbuk kunyit, tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 700 ml), kacau rata dan biar mendidih. Tambah jus asam jawa dan bila mendidih, masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Kacau perlahan dan biar ikan masak.
  3. Masukkan bunga kantan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula atau serbuk perasa. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ulam2 dan sambal kegemaran anda...