Habis idea?..Ini kan blog masak2, bukan blog tulis2..jadi apa yang kita masak dan rasa sesuai, boleh lah masukkan dalam blog. Bukan perlu pujian segala, cukup lah sekadar mengingati. Kadangkala dalam hidup ini, kita tak boleh nak pastikan apa yang kita impikan akan tercapai, dan ada masa, kita tak boleh nak jangka sesuatu yang diluar jangkaan berlaku tanpa kita sedar. Syukur alhamdulillah. Pada mat setakat ini mat puas hati dah dengan cara mat berblog. Kali ni hanya entri untuk kanak2. Ayam masak kicap sahaja, cuma tak letak lada hitam, takut anak2 yang tak tahan pedas tak leh nak tahan. Ayam masak kicap cukup sinonim dengan budaya masyarakat kita, terutama orang2 Jawa, wajib ada ayam masak kicap yang agak kering dalam melengkapkan hidangan nasi ambeng. Dan pada mat ayam masak kicap satu masakan praktikal, sebab semua orang suka, dari kanak2 hingga orang dewasa. Senangkan, sekali jalan saja...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan
2 biji bawang besar, hiris bulat
1 inci halia, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan kicap manis
3 camca besar kicap lemak
Air secukupnya (untuk kuah)
2 batang leek, kerat pendek dan rendam
10 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap satu (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan
2 biji bawang besar, hiris bulat
1 inci halia, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan kicap manis
3 camca besar kicap lemak
Air secukupnya (untuk kuah)
2 batang leek, kerat pendek dan rendam
10 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap satu (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, gaul rata dan goreng hingga masak, tapi jangan garing. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan ayam, cendawan dan leek (toskan), gaul dan tuang air (anggaran 1/2 cawan). Bila mendidih, masukkan kicap manis dan kicap lemak.
- Masak hingga pekat dan tambah hirisan bawang dan cili merah/hijau, masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Jika ingin kuah lebih, anda boleh letak air lagi. Boleh hidangkan bersama nasi panas atau bubur nasi..