Sedap, lemak dan tak manis itu je yang mat boleh kata pasal "Slice Cheese Cake" ini. Resipi dari "Onigiri"....teknik membuatnya mudah dan ringkas...
Bahan-Bahannya :-)
4 keping keju Cheesedale, dikoyak kecil2
200 ml susu segar
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A, asingkan putih dan kuning
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit gula aising untuk hiasan
Cara membuatnya :-)
- Panaskan susu segar, masukkan cheesedale dan masak hingga keju cair. Masukkan mentega dan kacau hingga semua cair dan sebati. Biarkan sejuk.
- Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus dan terus memutar hingga menjadi meringue. Ketepikan.
- Putar kuning telur hingga berkrim, masukkan bancuhan susu yang telah sejuk tadi dan putar hingga rata. Pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedkit hingga habis dan putar hingga rata dan tidak berketul2.
- Gaulkan meringue ke dalam adunan tadi bersama esen vanilla, gunakan kaedah kaup balik, gaul hingga rata dan tuang dalm tin kek berukuran 20 cm yang telah di sapu mentega dan dasarnya dialas kertas minyak.
- Bakar dalam oven menggunakan kaedah water bath (iaitu dengan meletakkan tin berisi adunan kek tadi dalam satu bekas lain yang dituang air panas). Bakar pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu pada 140C dan bakar lagi 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing.
- Ayak gula aising atas kek sebelum dihidangkan, jika suka...