Jom kita cuba buat "Thai Red Curry".......sedap, boleh makan dengan nasi atau roti, lempeng pekak pun ok gak juga!...
Bahan Utama :-)
200 g udang sederhana besar, dibersihkan
1 biji terung bulat, kupas kulit, potong kecil
1 biji tomato, belah 6
10 kuntum cendawan butang dalam tin
6 biji limau kasturi, ambil jusnya
10 biji cili padi siam, diketuk
3 camca besar sos ikan
1 camca teh gula
Sedikit garam jika perlu
1/2 cawan pati santan
800 ml air (atau ikut keperluan)
2 camca besar "Thai Red Curry" paste (mat guna yg dah siap, kalau rajin nak buat, resipi dibawah)
1 genggam daun selasih/sweet thai basil
3 helai daun limau purut
2 batang serai, dititik
6 biji bawang merah kecil, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris
1 cm halia, dititik
Bahan-Bahan untuk Thai Red Curry paste :-)
Bahan A:-
100 g bawang merah kecil
50 g bawang putih
1 hirisan nipis lengkuas
2 batang serai
1 biji limau purut, di parut kulitnya
1 akar pokok ketumbar, cuci bersih2
20 biji lada putih
1 camca teh belacan
Bahan B:-
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan manis
5 camca besar cili kisar
2 camca besar garam
Cara membuatnya :-)
- UNTUK THAI RED CURRY PASTE :- Kisar semua bahan A hingga betul2 halus. Kemudian masukkan semua bahan B dan gaul hingga sebati. Sipa untuk digunakan.
- THAI RED CURRY :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, bawang merah/putih hiris dan halia ketuk. Bila harum, masukkan pes kari dan sambung menumis hingga garing. Masukkan air, daun limau purut. Bila mendidih, masukkan terung dan cendawan, bila terung 1/2 masak, masukkan udang dan perasakan dengan sos ikan dan gula. Bila mendidih, tuang pati santan dan masukkan tomato, serta belahan cili padi. Biar mendidih perlahan.
- Akhir sekali masukkan daun selasih dan jus limau kasturi, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh diangkat untuk dihidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man.