Kerana takut cream cheese tamat tempoh pada 5hb Mac 2008 ini, Mat paksa juga buat kek keju yang senang, jenis tak yah bakar, cuma keraskan menggunakan gelatin halal saja.....
Kek ni semuanya mat gabungkan dari resipi2 lepas cuma ada buat sedikit perubahan untuk disesuaikan dengan resipi yang ini....
Bahan Untuk Kek :-)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
76 g mentega, dicairkan
160 g gula halus
15 g ovallate
2 camca teh air
1 camca teh esen vanilla
Bahan Untuk Lapisan Keju :-)
250 g cream cheese
90 g gula halus
150 ml susu cair
15 g gelatin halal
100 ml air
6 biji strawberry segar, dilenyek halus
Bahan Hiasan :-)
Beberpa biji strawberry
Croquant (kisaran bertih jagung) secukupnya
Sedikit piping jelly
Cara membuatnya :-)
- UNTUK KEK :- Putar gula dengan ovallate hingga rata. Masukkan semua telur dan putar pada keljuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahan kan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian air, esen vanilla dan mentega cari. Gaul rata. Tuang dalam loyang 9 inci (23 cm), dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Kek dibahagi kepada 2 bahagian. Kemudian kemaskan supaya kek tadi muat ke dalam acuan spring form pan berukuran 8 inci.
- PENYEDIAAN GELATIN :- Satukan gelatin dengan 100 ml air, kacau rata. Masukkan bekas berisi gelatin tadi ke dalam air mendidih dam kacau hingga gelatin cair dan jernih. matikan api dan biar periuk berisi gelatin terendam.
- PENYEDIAAN KEK :- Isi 1 keping kek tadi ke dalam acuan spring form pan berukuran 8 inci. Kemaskan dan tabur dengan sedikit cincangan strawberry. Ketepikan.
- Putar cream cheese dengan gula halus hingga rata. Tuang susu dan putar lagi hingga gula larut, masukkan strawberry yang dilenyek tadi, gaul rata. Kemudian tuang gelatin tadi dan putar hingga sebati bersama bancuhan cream cheese.
- Tuang 1/2 bahagian cream cheese atas kek tadi, ambil baki kek dan letak atas cream cheese tadi, tekan2 sedikit dan akhir sekali tuang baki cream cheese. Ratakan dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam.
- Kemudian. Keluarkan kek dari acuan (larikan pisau panas disekeliling kek unutk memudahkan kek tanggal). Hias dengan strawberry segar, sapu piping jel di sekeliling kek dan tekap dgn "croquant" sebanagi hiasan.