KEK LAPIS ASAM MANIS

Tags

Kek Lapis Asam Manis

Ini projek tertangguh yang mat sebut tu. Sepatutnya minggu lepas dah buat, tapi tiba2 masa tu oven meragam, terus batal......

Step By Step 1267

Tapi hari ni terpanggil nak buat balik kek lapis asam manis, jadi bila dah terpanggil tu maknanya, macam dah rajin laaa....Resipi asal dari "Rozzan", sedap rupanya kek lapis asam manis ni, patut pun femesss!!!!

Bahan-Bahannya :-)
450 g mentega
190 g gula halus (mat guna 150g)
10 biji telur gred A
300 g biskut "Marie", dikisar halus
1 tin kecil susu pekat manis
85 g seri kaya
1 camca teh esen vanilla
2 bungkus asam manis (Haw Flakes), setiap bungkus ada 10 pack
1 camca teh pewarna makanan merah, hijau dan kuning

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C (api atas dan bawah). Lenser tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (adunan akan kelihatan berbiji2), masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Putar hingga sebati.
  3. Perlahankan speed, masukkan biskut marie kisar sedikit demi sedikit hingga habis dan tuang esen vanilla. Gaul hingga semua rata, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan letak warna merah, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian. Kacau hingga rata.
  4. Tuang 4 camca besar adunan warna kuning, ratakan dan bakar hingga masak. Keluarkan dan tuang lagi 4 camca besar adunan kuning, ratakan dan bakar kembali (kali ini tukar pada api "grill" sahaja) hingga masak.
  5. Kemudian tuang 4 camca besar warna hijau, ratakan dan susun asam manis (haw flakes). Bakar kembali hingga masak, tekan2 sedikit dengan sudu dan tuang 4 camca besar adunan hijau, ratakan dan bakar hingga masak.
  6. Diikuti dengan warna merah sebanyak 2 lapis. Susun asam manis pada lapisan ke tiga. Buat hingga siap.
  7. Kek akan menjadi = Kuning 2 lapis + haw flakes + Hijau 2 lapis + haw flakes + Merah 2 lapis + haw flakes dan seterusnya....Selamat mencuba!!!