RENDANG UDANG GALAH

Tags

Step By Step 1209

Jom kita makan "Rendang Udang Galah"....lupa kan kejap pasal kolestrol atau pun alergi (macam mat nihh!!!)......tapi perlu diingatkan, apa2 kejadian selepas makan masakan resipi ini adalah atas kehendak diri sendiri dan tidak ada kena mengena dengan tuan tanah atau pun penyumbang resipi...Harap Maklum!!!

Bahan-Bahannya :-)
600 g udang galah (udang lain pun ok, kalau nak guna ketam pun bolehh!!)
3 helai daun kunyit, hiris halus
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 camca besar kerisik
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 cm lengkuas*
2 batang serai, dihiris*
3 biji buah keras*
3 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)*\
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Udang dibersihkan, perap dengan jus limau dan garam, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, gunakan api sederhana. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan santan, gula, kerisik dan sedikit garam, gaul rata. Bila mendidih, masukkan udang tadi bersama asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Terpulang pada individu, samada suka lembap atau kering. Hidangkan bersama nasi hangat, roti atau apa2 saja yang berkenan di hati.....