Jeng...jeng..jeng....Oven dah berfungsi semulaaa.....hahahaha...sonang eyy hati den ni haaa!!!!!...Terus test buat muffin tu jam jugak...Terima kasih banyak2 pada Abang mat yang sulung kerana bersusah payah membaiki oven tuuu!!!....
Bahan-Bahannya :-)
85 g mentega
85 g gula halus
2 biji telur gred A
175 g tepung gandum*
10 g baking powder*(*diayak)
80 g yogurt perisa strawberry
3 biji strawberry segar, dipotong kecil (optional)
Cara membuatnya :-)
- Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup. Ketepikan.
- Putar mentega bersama gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan yogurt hingga habis.
- Masukkan potongan strawberry dan gaul rata dengan spatula. Sudukan ke dalam acuan muffin tadi 3/4 penuh. Bakar 15 - 20 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing2). Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
- Boleh guna apa perisan yogurt mengikut kegemaran....