HOKKAIDO BREAD

Hokkaido Bread

Masa berjalan ke blog "Beachlover Kitchen", mat macam teringin mencuba 'hokkaido bread' yang ada kat blog dia...Lagi pun rasa macam lama juga tak buat roti, last buat, roti marble hari tu, jadi petang tadi kita usahakan BM (breadmaker) membuat kerja rutin beliau......

Hokkaido Bread

Roti ni tak letak mentega, tapi lebih banyak bahan tenusu digunakan (tapi mat tambah bread improver dan bread softerner dalam resipi dia). Rasanya lemak2 dan lembut..Memandangkan resipi asal "macam" banyak, jadi mat buat 1/2 sahaja...Untuk resipi asal (yang banyak tuu), boleh lihat di blog "Beachlover Kitchen"....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung roti (high protein flour)
1/4 cawan tepung kek
30 g telur (1 biji telur, dikocok, kemudian timbang 30 g)
1/2 cawan susu segar
70 ml whipping cream
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca besar gula halus
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*resipi asal tak letak benda2 ni)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung roti, tepung kek, susu tepung, bread improver, bread softerner, garam dan gula halus, gaul rata. Buat lubang ditengah2 tepung.
  2. Satukan susu segar bersama yeast, kacau hingga larut, tuang dalam tepung bersama2 telur tadi. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah whipping cream dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (elestik). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik cling. Biar 45 minit hingga doh jadi 2 x ganda..
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh, tekan "on" dan biar hingga doh siap...
  4. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian gulung seperti swissroll (ikut saiz loaf tin masing2)...Alihkan ke dalam loaf tin yang telah disapu mentega pada dasar dan tepi tin. Mat guna loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci. Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit - 1 jam.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Keluarkan dari tin dan biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  6. Sesuai juga untuk dibuat sandwich atau dimakan bersama jem dan seri kaya....air kopi/teh jangan lupa yeaaa!!!!