PLAIN VANILLA MUFFIN

Tags

P1110839

Tadi macam terrrajin pulak nak menerai muffin vanilla kosong yang ada dalam satu buku baking ni, nampak mudah ringkas dan sedap..Memang betul, buat dia cepat dan hasilnya agak banyak (bergantung pada saiz paper cup/muffin cup yang anda guna).

Strawberry Vanilla MuffinAlign Center

Sebahagiannya saja2 mat letak strawberry jam (jenis yang kurang gula)....dah jadi 2 jenis muffin, strawberry dan vanilla....Sempena cuti sekolah ni, boleh lah ajak anak2 buat sama, tentu mereka seronok....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan susu segar (mat guna susu cair)
1/2 camca besar esen vanilla
Kepingan badam*
Strawberry jem*(*optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Atur paper cup dalam tin muffin atau gunakan muffin cup jenis keras. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam paper cup atau muffin cup tadi. Tabur badam dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan.
  3. UNTUK STRAWBERRY MUFFIN :- Sudukan 1/2 camca teh strawberry jem (kalau dapat jem yang kurang gula), taburkan badan keping dan bakar hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang....