ASAM PEDAS NYONYA

Asam Pedas Nyonya
Assalammualaikum, dah selamat berbuka puasa?...Sama lah, mat pun dah selesai tadi, tapi tulah makan dengan penuh adap, sopan..lagi dalam keadaan yang tidak berapa mengizin kan ini. Mudah2an esok semuanya ok, plan nak buat biskut raya hari ni pun terbatal kerana keadaan diri yang belum berapa sihat dan rasanya tak bess lah kan, kita batuk2 pastu buat biskut, macam tak terjamin jee. Ok ni ari guaa nak kongsi sama luu asam pedas nyonya..Rasanya sudah banyak kali juga ini resipi ada dalam blog, tapi tak pa lah nya, kadang2 guaa faham, luu orang nak selak2 page pun malas, walau pun itu bagus kalau blog luu ada iklan nuffnang (tapi luu tengok blog guaa...mana ada iklan..tapi tak da kesah lahh..). Ini masakan simple dan mudah, nampak siaa macam rumit....Bak kata pantun baba melaka...

SUSUN BUNGA DI KAKI LIMA,
KEMBANG MEKAR HARUM BAUNYA,
ASAM PEDAS NYONYA DIBERI NAMA,
TINGGAL SEHARI LAGI SEDAP RASANYA..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
2 kelopak sawi jeruk (optional)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1 hirisan nipis lengkuas
1/2 camca teh lada hitam biji (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...(sesiapa nak letak serbuk perasa pun boleh..)