Assalammualaikum, salam petang Jumaat. Buat apa tu, sibuk2 di dapur ke.. Ok nak share satu resipi ulang tayang. Biskut dahlia, ada juga yang panggil biskut bunga cina. Apa2 pun nama, ianya biskut yang sama. Mat buat pagi tadi, dan biskut ni antara paling mudah, cepat dan sedap...serius nihh. Biskut ni kan, adunan dia memang lembut, tapi bila dah masak ianya akan jadi satu biskut yang tidak mudah hancur bila dipegang, tapi cair di mulut. Resipi ni mat tak derhaka sangat, cuma kurangkan sedikit gula dia saja. Resipi asal dari "Norazie RN"...memang mabelesss..kalau sesiapa sudi boleh mencuba.
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
- Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
- Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.