TAT NENAS GULUNG

Tags

Tat Nenas Gulung
Salam semua..hmm, letih lahh..tak larat laa dan macam-macam lagi, bayangakan lah orang kerja kontrak tu..adehh lagi lah seksa, dengan panas dan bahang. Malam ni mat saja lah share tat nenas gulung yang mat buat 2 hari lepas. Sebenarnya kan ada pelbagai versi kulit tat, ada tu rapuh, ada tu pulak jenis cair di mulut tapi masa pegang dia berkecai...Hmmmm kadang2 kan pening juga kan. Yelah kalau dapat versi jenis pegang je hancur, tak ke ngeri kalau budak2 makan, sambil berlari2 keliling kapet import dan sofa import anda....bila dah jatuh nanti depa lenyek dengan kaki...erkk...tak relaaaa..haha, yang ni ok lah just nice, tapi kan pada pendapat mat lah, kalau nak keras sikit, boleh lebihkan sikit tepung kastard...

BAHAN-BAHANNYA :-)
230 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Golden Churn)
400 gram tepung gandum*
40 gram tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar duit 5 sen
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Mati kan mixer, ratakan adunan, dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  2. Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas2. Alih ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan tat dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang pembakar.
  4. Alih atas jaringan dan biar sejuk, simpan dalam bekas kedap udara...