CHOCOLATE PEPPERMINT CAKE

Tags

Chocolate Peppermint Cake
Assalammualaikum, salam Sabtu semua, tak pi mana2 ke ni hari, mesti ada yang masih buat rumah terbuka kan sementara Syawal masih bersisa. Berbalik pada resipi ni hari, mat nak share satu resipi yang dah lama wujud, mula2 mat nampak gabungan coklat dengan perisa pudina ni di blog mak dara Singapore atau Kak Nis, lepas tu kat rumah Kak Ummi Kuantan. Jadi mat pendam kan jelah hasrat nak buat, bukan apa, budak2 kat rumah ni kalau perisa pudina je, depa kata ala2 ubat gigi, dan tak nak. Tapikan raya baru2 ni, anak dara mat gebu yang ni.... Beli aiskrim pudina dan ada serpihan2 coklat dalam dia...waaa sedappp kooo..i likeee!!...hehehe...

P1220753
Lepas mat rasa tu, terus lah plan nak buat kek coklat pudina ni, tapi mat tak guna resipi dari blog sesiapa, cuma mat derhakakan resipi yang terdapat dalam blog tiffinbiru itu sendiri..hahaha, dasar mat gebu ni, kalau zaman tanggang, dah lama aku jadi batu..kena sumpah. Tapi kan kek ni memang sedap, pada tekak mat lah (pstt..ada lagi tau, sapa nak, mat gebu makan 1 potong jeee...whaaaaa...sebab dah gebu kann!!..cobaaannn!), lembap, lembut dan segar....sungguh nih..tapi kalau yang tak gemar perisa pudina, tak dapek lah den nak menolong...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
120 gram gula halus
1/2 camca besar ovallate
15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
1 camca besar serbuk koko*
1 camca teh coklat emulco*
1/2 camca teh esen vanilla*
3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
Sedikit pewarna hijau
3 titik perisa pudina

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi. Putar rata.
  4. Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga
  5. Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar kaler hijau, buat berselang seli hingga habis. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...