Salam semua, ok seperti biasa sebelum mat masuk tidur, nak review satu lagi buku masakkan dalam koleksi Mat Gebu, saja lah nak share, jangan menyampah yea. Buku ni mat dah lama beli, biasalah sebab mat gebu kan suka hal2 baba dan nyonya ni. Buku tulisan Florence Tan dan diterbitkan oleh Times. Perasan tak nyonya berkebaya biru yang manis tu, ha tu lah dia Florence Tan, alah selalu wajah dia masuk TV, lagi2 kalau nak hari raya. Mat ikuti juga perkembangan beliau sejak dari dulu. Resipi2 peranakan tulisan beliau adalah resipi dari keluarga Florence sendiri, biasalah orang2 peranakan ni kan pentingkan standard dalam masakan serta kerja2 mereka juga tertib dan halus...cerewett sekali lahh kan ini bibik-bibik semua...tak kuasaaa guaa!

Buku ni tak tebal sangat tapi gambar2 dia memang lawaa. Berharga RM 36.90, pada mat agak mahal, kalau nak di lihat pada ketebalan buku itu sendiri, tapi sebab mat minat dengan chef Florence ni, guaa beli lah jugaaa. Dari segi kualiti memang lah amat baik terutama kualiti kertas dan gaya persembahan setiap hidangan. Susunan resipi pun senang untuk dicari dan dibaca, tak keliru. Hasilnya pun memuaskan. Dan resipinya memang menepati selera kita orang2 melayu. Sekarang ni mat tak pasti lah buku ni bagaimana rupa kulitnya, mungkin telah berlaku perubahan.. Ok itu saja untuk malam ini, jumpa nanti dengan N3 masakan pula.. Salam sayang dari Mat Gebu.... Salamm....