SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU

Sambal Tempoyak Daun Kayu
Salam semua...Buat apa tuu..Ok malam ni nak share satu masakan tradisi orang2 Negeri Sembilan. Jangan tatau, kadang2 orang pelik bila mat gebu memasak dengan pelbagai jenis ragam masakan, melayu, peranakan lahh dan juga masakan negeri..haha, biasalah. Walaupun ada keturunan peranakan, tapi bonda pernah duduk Rembau dulu, dia ikut nenek dan datuk melayu mat gebu, jadi kehidupan tu lebih bewarna-warni. Masakan ni amat popular di Negeri Sembilan dan rasanya pun sedap dan "sesuatu" sungguh. Tapi bagi yang tak makan tempoyak tu, ampon dan maaf dari mat gebu, tak boleh nak kata apa2 lah kan dan secara rasminya resipi ini bukan untuk anda. Tak pe, esok kan mat ada N3 lain yang pasti menarik perhatian anda, insya allahh......

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus
7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
4 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
  2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....