Assalammualaikum, salam Khamis, hmmmmm.. mat kan rasa2 macam nak slow down sikit lah berblog, mungkin masukkan 1 n3 jee sehari atau pun 2 hari sekali update blog. Lagi pun mat berblog bukan apa sangat, saja suka2 (tapi ada rezeki sikit dari "Nuff" dan Majalah Jelita", syukur alhamdulillah teramat sangat). Dan sini mat nak pesan lah pada semua, jangan buat satu expectation yang tinggi pada mat gebu, terimalah seadanya. Mat gebu bukan lah sorang manusia yang sempurna, tidak terlalu baik dan tidak pula terlalu kejammmmm, cuma setakat ni mat tak delah menolak menerima kunjungan sesiapa ke rumah, KECUALI, jika tarikh tersebut mat ada jadual lain yang bertindih. Harap semua faham lah dan jangan pulak kata Mat Gebu "sombong". Mat pun sedar siapa diri ini. Tiada yang sempurna di dunia ini kecuali Allah swt.
Ok, jom cerita pasal N3 hari ni, sebenarnya kan ini sarapan pagi tadi. Saja buat, nak menghabiskan stok jagung yang berbaki dalam 1/4 cawan dalam peti sejuk, mat buat guna resipi chesdale muffin, cuma tukar beberapa bahan yang ada..kes nak habiskan stok. Buat sarapan pagi pun sedap. Dalam resipi lepas ada yang tanya, kalau ganti susu tu dengan bahan lain, ok boleh ganti dengan susu soya, atau susu segar. Kalau nak ganti mentega cair tu dengan minyak jagung pun boleh, tak de minyak jagung...koo belasah guna minyak masak. Nak lagi sehat campur sedikit Quaker Oat, cuma cecair tu kena lah tambah sikit lagi. Tapi rasa dia mesti sedikit berbeza, sedia maklum yea...
BAHAN A :-)
1 cawan tepung berserbuk penaik (self raising flour)
3/4 camca teh baking powder
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh garam halus
BAHAN B :-)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair
3/4 camca teh gula halus
BAHAN C :-)
1 biji bawang besar, didadu dan goreng dalam mentega hingga layu
1/2 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1/2 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
1 batang sosej ayam, didadu kecil
1/4 cawan jagung manis
2 keping keju chesdale, didadu kecil
CARA MEMBUATNYA :-)

- Panaskan oven pada suhu 180C, isi paper cup dalam acuan muffin atau sedia kan muffin cup jenis keras. Gaul semua bahan A hingga rata dan ayak. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, satukan bahan B dan pukul dengan whisk hingga semua sebati dan bersatu. Masukkan semua bahan C, kacau hingga rata.
- Tambah bahan A yang telah diayak tadi dan gaul hingga semua sebati dan rata, Jangan gaul terlalu lama. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan.
- Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan, sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. Jika suka boleh tabur sedikit lada hitam yang dikisar atas muffin sebelum dibakar..