Salam semua, ok malam ni kan nak share buku-buku masakan hasil dari air tangan Puan Norzalina Nordin atau lebih dikenali sebagai "Kak Norz" (tapi mat gebu panggil "Kak Lina"). Beliau ni seorang wanita berjiwa kental dan kreatif, selain menulis buku2 masakan, novel2nya juga begitu mendapat sambutan dan beliau sendiri sering muncul di kaca TV. Resipinya sebelum ini juga banyak terdapat di majalah2, yang mat tau di Jelita pun ada. Buku Variasi Masakan tu mat dapat dari Kak Norz masa dia berkunjung ke pondok Mat Gebu tahun lepas. Bak kata pepatah, indah khabar indah rupa, begitu juga buku2 beliau, resipi semua telah diuji dan standard rasa nya tidak boleh disangkal...serius nih, bukan sebab buku tu mat dapat percuma, tapi mat gebu sendiri telah mencuba kurang lebih 50% dari resipi2 dalamnya..laa buat apa nak cakap bohong..bukan dapat duit punn...dosa lagi ada laahh..
Dalam set ni ada 3 siri iaitu Versi Masakan Pantai Timur, Versi Masakan Utara dan Versi Masakan Selatan. Gambar2 dalam nya menarik, resipi jelas dan insya allah hasilnya memuaskan. Buku ini dijual dengan harga RM 19.90 setiap satu, terbitan Alaf 21. Mat kan memang letak buku2 didapur, sebagai bahan rujukan diwaktu2 senggang (masa terluang). Untuk mengenali beliau dengan lebih dekat dan juga melihat buku2 masakan dan novel2 tulisan beliau, boleh lah berkunjung ke blog Norzailina Nordin di sini.... Akhir kata, salam sayang dari Mat Gebu...