TANPA DIKAU.....SIAPA LAH DAKU...

Tags

Assalammualaikum, hmmm sebelum tu minta ampon dan maaf dengan N3 ini, mat gebu berfikir banyak kali juga nak masukkan N3 sedemikian, setelah mat gebu membaca dari blog rakan blogger yang bukan dari dunia masakan, mengenai ketidaksengan hati dari segelintir mereka dengan N3-N3 seperti ini. Pada mat gebu nawaitu kita yang penting bukan nak berlagak riak, mendabik dada atau merasa diri hebat tak sangka, cuma ingin berkongsi kegembiraan..((tapi pasti ada yang kata nak "menunjuk"..arghh..peduli apa!!!))...

Syukur mat gebu pada Ilahi atas kesihatan yang dikurniakan dan peluang bernafas setiap hari disamping untuk mengemaskini blog masak2 yang tak seberapa ini. Tanpa anda semua penyinggah2 dan juga teman2 blogger yang sudi mencemar duli ke dapur mat gebu yang agak usang ini, sudah pasti tiffinbiru lama berkubur, bukan cakap kosong, tapi memang betul. Macam mat gebu sendiri, bukan lah seorang blogger yang bijak, pandai serta cerdik..Cuma kebetulan sahaja diberi peluang menumpang di alam cyber bersama blog masak2...apa lah sangat kan..

Alhamdulillah, pretasi blog agak baik kebelakangan ini, sejak sebelum bulan Ramadhan lagi. Masa bulan puasa tu hari, memang tidak dinafikan blog begitu panas dengan mendadak (begitu juga blog2 masakan yang lain). Terfikir juga, macam manalah bila lepas raya nanti....dan dengan takdir Allah swt, ianya tetap berlaku dengan baik walaupun tidak sehebat Ramadhan. Dengan 3+ K UV untuk hari Sabtu dan Ahad serta 5+ K hingga 6+ k UV pada hari berkerja, Isnin - Jumaat, mat gebu amat2 bersyukur. Pada blogger era baru, mat gebu pasti anda juga akan menikmatinya satu hari nanti, apa yang penting, "Berusaha"...insya allahh. Akhir kata salam sayang dari Mat Gebu - DTS...