CEKODOK BILIS VERSI DERHAKA..

Tags

P1250512
Salam morning Jumaat semua, tuu dia bahasa si mat ni memang jahanam, kalau ahli bahasa masuk sini, baca apa aku tulis, gaya ayat dan ejaan, sah2 kena kritik gila tak hengat punya lah, hmm minta maaf lah, tapi langsung tak de niat nak rosakkan bahasa melayu nan indah ini, cuma mat buat sesuatu tu biar orang mudah lebih faham dan rasa santai . Ok back on track, ni hari mat gebu buat cekodok bilis, aku tak tahan kat FB tu hari MamaFami buat, lepas tu semalam Nyonya Amy Jakarta pulak buat...tak boleh jadi ni, maka tadi mat buat lah dalam 2 cawan tepung macam tu.. Tapi kan mat derhakaaaa...hadoi memang kena sumpah tak lama lagi...tapi menderhaka untuk kebaikkan..

P1250516
Tau tak apa yang mat derhakakan?..Aku telah mayonnaise dalam dia, iyeaa tak tipu punya, waa bukan tipu punya olangg, bukan busuk hati punya olangg. Cerita dia begini, mat nampak dalam peti sejuk ada mayonnaise sebotol, aku pun ngambik leer, sekali isi dia alah hai 1 camca besar jee, jadi tu lah yang mat campakkan dalam adunan cekodok...dannn hasilnya, hmm lembutt jeee u, dah sejuk pun lembut, ianya rangup diluar tapi lunak di dalam...Pengsan tak baca mat gebu nya intro, resipi cekodok je, tapi kata2 aluan dia kus smangat berjelaaaaa...hehe, sori!.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca besar mayonnaise
1 biji bawang holland, dadu kecil
1 genggam ikan bilis, belah dua, rendam hingga lembut dan toskan
1 biji lada hijau, hiris
1 biji lada merah, hiris
Garam secukup rasa
1 1/3 cawan air (kurang lebih..anda agak2 lah yea)
Sos pilihan untuk dimakan dengan cekodok

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 diatas kecuali air dan sos. Tuang air sedikit demi sedikit dan terus mengadun hingga mendapat adunan sempurna iaini tidak terlalu pekat atau cair. Rehatkan 5 minit.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan hujung jari dan jemputkan adunan tadi ke dalam kuali, buat lah dalam 9 - 10 jejemput, bergantung pada saiz kuali anda. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Buat hingga siap.
  3. Hidangkan bersama sos pilihan anda....selamat menjamu selera....