Hai semuaa, pa khabar, dah sangap2 nampak..sama lah kita. Mat sebenarnya kan berada dalam mood sungguh panas, berdebar2 dan rasa hangat hati...hmm ada kes baru lahh, pasal curi2 gambar ni semua, kali ni agak besar melibatkan satu syarikat ni...tapi mat boleh tulis itu saja, hal lain adalah rahsia kami buat sementara ini. Ok malam ni nak share satu resipi muffin dehaka, tapi kalau tengok dia nya teknik ala2 cupcake siaa. Sebenarnya mat nak habis kan nangka yang berbaki dalam 100 gram, biasa lah, si mat gebu kan suka dehaka2 resipi, lepas tu buat R nD, mana yang menjadi tu, sedap, aku masukkan dalam blog, yang mana ala2 tuu, diam aku masukkan dalam reban ayam..hehe..
Muffin ni lembutt jee, hmm dengan haruman bau nangka. Mat guna esen nangka sedikit, selain nangka segar. Menghasilkan dalam 10 - 12 biji muffin bergantung pada saiz tin muffin masing2. Hmm ok lah kita lihat blog siapa yang DTS promot kan untuk malam ini, kira yang terakhir lah yeaa...Kali ni agak istimewa mat letak 2 blog wanita..yelah kita gilir, siang tadi lelaki ni malam wanita pulak, baru adil kannnnn.....Ok jom kita lihat....
Kalau sebut "Citarasa Rinduan" mesti ramai yang dah tau kan. Blog milik Puan Siti Rahayu @ Ayu, panggilan kami pada beliau dikalangan blogger. Ayu ni kira aktif berblog, nak tau apa perisian blog beliau, boleh lah anda singgah di sini....
Dannnn...terakhir malam ni, ada satu blog ni nampak menarik lah pulak..sapa pulak nama budak nihh..hmm "Nisa Kay" dari blog "Saya Suka Menaip"..erkk sama pulak macam pakcik mat, suka menaip juga, tapi pakcik suka typo...hehe, ok nak tau apa yang ditaip kan oleh Nisa Kay, boleh klik sini...
Selesi sudah sessi promot blog...Maka dengan ini tamat lahh..insya allahh nanti mat buat lagi, dann nak tau apa kelebihannya promot blog ini pada blog2 terpilih..ok tu N3 untuk esok, sekarang kita lihat resipi pulak...
BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram mentega
2 biji telur gred A
70 gram gula halus
175 gram tepung gandum*
10 gram baking powder*(*disatukan dan diayak)
80 ml susu segar
100 gram nangka masak, didadu
1/4 camca teh esen nangka (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)


Selesi sudah sessi promot blog...Maka dengan ini tamat lahh..insya allahh nanti mat buat lagi, dann nak tau apa kelebihannya promot blog ini pada blog2 terpilih..ok tu N3 untuk esok, sekarang kita lihat resipi pulak...
BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram mentega
2 biji telur gred A
70 gram gula halus
175 gram tepung gandum*
10 gram baking powder*(*disatukan dan diayak)
80 ml susu segar
100 gram nangka masak, didadu
1/4 camca teh esen nangka (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, alas muffin pan dengan papercup sesuai atau guna kan muffin cup jenis keras. Ketepikan.
- Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur dan terus memutar hingga berkrim. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Kacau rata.
- Akhir sekali masukkan esen nangka dan nangka yang didadu tadi. Gaul rata dengan spatula. Isikan 3/4 penuh dalam mangkuk yg disediakan. Bakar 25 minit hingga keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..